Tutorial: Cara Guna VPS untuk EA Anda

Langkah 1: Langgan EA Anda

Layari senarai EA kami dan pilih produk yang sesuai dengan strategi anda.

Pergi ke Produk EA

Setelah langganan dibuat, anda akan menerima fail EA serta kunci lesen melalui emel atau akaun anda.

Langkah 2: Langgan VPS

VPS membolehkan EA berjalan 24/7 tanpa bergantung kepada komputer anda.

Pastikan anda pilih sistem operasi Windows dan RAM sekurang-kurangnya 2GB.

Langkah 3: Akses VPS Anda

Setelah anda melanggan, anda akan menerima maklumat login VPS melalui emel.

  1. Di Windows: Buka Remote Desktop Connection (mstsc)
  2. Masukkan IP VPS & password yang diberi
  3. Sambung ke desktop Windows maya anda

Langkah 4: Pasang MetaTrader & EA

Muat turun MetaTrader dari broker pilihan anda atau guna pautan rasmi:

Lepas dipasang:

  1. Seret fail EA ke folder MQL4/Experts atau MQL5/Experts
  2. Restart MetaTrader
  3. Seret EA ke carta dan masukkan kunci lesen jika diminta

Langkah 5: Pastikan VPS Kekal Aktif

Jangan tutup tetingkap VPS atau log keluar. Biarkan MetaTrader terus berjalan untuk pastikan EA aktif 24/7.

Jangan tutup program MetaTrader atau shutdown VPS anda!